TENTANG KAMI

Best Choice for success

 

HCUBE EDUCATION RESOURCES (SSM 002563767-D) telah ditubuhkan pada 2016 dan setelah itu menjadi pilihan ibubapa untuk mendapatkan tutor-tutor yang berkualiti bagi membantu anak-anak mereka di dalam pelajaran. Kami menyediakan perkhidmatan home tuition, mengaji Al- Quran di rumah, program cuti sekolah, asas membaca, asas mengira bagi subjek-subjek utama bermula dari Pra-Sekolah, UPSR, PT3, dan SPM.

Kami menyediakan penyelesaian bagi masalah ibubapa yang tidak mempunyai masa untuk menghantar anak ke pusat tuition, risau anak mereka malu bertanya di dalam kelas dan kurang keyakinan diri.

Kami terus komited meningkatkan mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa bagi melahirkan lebih ramai tutor berkualiti yang dapat membantu pelajar yang memerlukan bantuan di dalam pelajaran, Set-set soalan peperiksaan terkini akan diberikan kepada pelajar dan pihak tutor akan mengenalpasti kelemahannya untuk dipertingkatkan. Setiap kali kelas, tutor akan membincangkan perkembangan anak-anak tuan/puan dan di penghujung setiap bulan tutor akan memberi report card disemak oleh pada ibubapa.

Tonton Video Bagaimana Kami Bantu Anda Dapatkan Tutor Terbaik